25 August 2011

Senyap

...I need time to think but time is running short every second of my life.


"sebab jauh..jatuh bangun sendiri"-dia.

Photobucket

21 August 2011

puasa&ramadhan

ermm harap takde nak salah paham nape entry ni buat dalam 10 ari terakhir puasa. tahun ni dah nak sampai penghujung, ade yang gembira sebab makin meningkat usia ni dia rasa leh bebas wat macam2. well adult la katakan.. apa yang tak bole wat masa kanak2 leh wat masa dah "dewasa" ni kononnye..

tapi kan.. dari dulu ustaz and ustazah dok cakap kat anak2 muridnye.. pertambahan usia ni sebenarnya suatu tanda yang kematian pon menghampiri (adekah BM aku macam bercelaru? hmm maaf.) ye, betul kematian tu boleh datang bila2. eh jap.. nape ek aku cakap pasal ni sedangkan tajuk post lain..? haa..

alkisahnye bagi sesape yang tau, sejak ari last aku tamat belajar dari UPM ni.. terus berubah. senanye perubahan tu dari dulu aku nak, yang aku cari tapi sebab masa belajar tu selalunya "go on with the flow". cam takde nak berhenti sejenak and berfikir. berfikir yang sunguh2. bukan pikir masalah model tak buat, sketches tak cukup, masalah kengkawan etc etc..

fikir tujuan hidup. kenapa aku hidup? aku melakukan sesuatu untuk apa atau siapa sebenarnya?

dulu masa zaman skolah ade la gak cekgu2, ustaz n ustazah nak dok nasihat ape sume. ni masuk je U, haih takde dah sume tuh cuma kalau dapat lecturer yang best, ermm maksud aku di sini best, dia tak tekankan akademik semata2 tapi kerohanian gak, klu dapat yang camtu memang bersyukur dah.

kalau korng ade tgk satu vid ni pasal Amer ex-ruffedge dalam "Ini Kisahku", ade sorg kwn dia ckp "nak berubah ke arah kebaikan ni susah. memang kena usaha dan istiqomah. nak jatuh tergelincir tu senang sangat. teramat la senang..." (camtu lebih kurg bunyiknye. aku tak quote sejibik2.)

nak nasihat orang lain lebih2 keluarga sendiri memang payah. tapi.. kang tak nasihat kena "tarik" plak.. sebenarnye aku ni wat post nak berbasa-basi tapi dah lain macam plak. haha.. ni sume gangguan sebab tadi terhenti taip, terus otak jalan je.. dah nampak macam merapu.

k lah sebelum lebih parah.. baik aku berhenti. sebelum aku tu nak cakap, Selamat Mengejar Malam Lailatul Qadr. you'll never know it may be your last.. or my last.



p/s: sungguh aku rasa cukup lain dengan Ramadhan kali nih.


pp/s: sebab teman borak takde, or tak dapat nak borak lama, ni la start punca nak membebel kat dalam blog. =.="
Photobucket

13 August 2011

Hakikat Bahagia

hey. bukan nak berjiwang2 la.. nak "ulas" sket pasal satu lagu nasyid nih. dulu aku dengar.. paham atas angin je. maksud aku.. tak betul2 paham dari segi tersiratnya. dari segi "hakikat" nya.. hehe.. meh sini usha vid ni jap..



senanye nak ulas panjang2 pasal bende ni.. tapi tadi "hanged" plak laptop ni.. ermm.. tapi kalau korang dah tengok vid nih.. tentu korang pahamkan? kalau tau Islam.. insyaAllah memang akan paham. ^_^



p/s: 100th day.
Photobucket

11 August 2011

Terjawab..

Alhamdulillah thank you ya Allah.. Tersedar terjawab dan segalanya lebih jelas..apapun semua ni qadak n qadarNya. ;)



P/s: abglong balik minggu depan..semoga Allah melindungi dan merahmati perjalanan pulangnya..amiinn.
Photobucket

10 August 2011

Fikir2kan..

...semalam aku masih diketawakan. Mungkin bagi mereka pertanyaanku semalam mengundang rasa geli hati yang amat. Hanya kerana aku ni "budak baru dapat hidayah". Agaknya mungkin inilah antara sebab nape aku tak penah nak join usrah. Ilmu, yang dicari, kalau tak tahu..apalah salahnya bertanya bukan? Mereka bimbang aku menjadi "sesat" sebab aku masih "baru nak mengenal nak belajar ape itu islam"..?

Kenapa pula aku diperlekehkan camtu? Sedangkan dari dulu aku ada belajar pendidikan agama islam. Memang dalam peperiksaan aku tak dapat yang terbaik untuk subjek tu..tapi tak bermaksud aku jahil sungguh dan tak tau pape. Aku cuma terleka..lalai. Tapi prinsip aku masa tu "apela gunenye dpt A subjek tu tapi tak dipraktikkan dalam khidupan shari2 sbg seorg muslim"..

Aku ckp cmni bkn sbb skrg aku nk mnjadi ustazah. Aku tak sempurna. Bnyk btul yg aku kna blaja. Aku tgh cuba perbaiki diri. Menjadi lebih baik..takkan masih nak berada ditakuk lama,kan?

Pg tadi tergerak hati buku yg ablong beli zaman skolah dlu tajuknye Deep Thinking: Bagaimana Seorang Muslim berfikir by Harun Yahya. After reading it, semua yang berlaku kat aku hanya dugaan kecil berbanding ape yg Adnan Oktar lalui..kesimpulannya,i'm not crazy. Hasbiyallah..(cukup Allah bagiku)



Ya Allah..kuatkan hatiku berjalan menuju redhaMu..Lindungilah dan jauhkanlah kami muslimin dan muslimat sekalian daripada fitnah almasikh dajjal..amiinn.
Photobucket

09 August 2011

La Tahzan

tak. aku bukan tengah bersedih. tapi nak share satu video kat sini. alkisahnye video ni aku tujukan kat KakSarah n my cousin Payha. tapi masa dedicate video ni kat dorg dlm fb, aku sendiri tak tengok lagi video ni. then tergerak jugak la hati ni nak tengok skali. Ya Allah.. laju betul air mata aku mengalir.. sungguh. banyak yang kita tak sedar nikmat Allah.. bila dah susah baru nak terase ape sume...

ni tadi aku tengok lagi video ni.. masih lagi mengalir air mata. terharu dan bersyukurnya aku dilahirkan dalam Islam. sesungguhnya itulah nikmat yang besar ku rasakan.. cuba bayangkan kalau kita ni lahir2 dalam keadaan kafir.. camne? Allah.. apapun.. bersyukur lah dengan apa yang ada.. ok kawan2? ^_^



Photobucket

02 August 2011

Duhai hati
Sabarlah
Tabahkan hati
Sabar kay?

Dah. Jangan nangis.

Allah kan ada.

Senyum kay?

Senyum.

Tidur baca doa.

Istighfar banyak2.

Isbir ya raihan. Isbir.. :)

Photobucket