15 March 2012

Penyakit Wahan(mencintai dunia)

Bismillahirrahman nirrahiim..

Selalunya bila kita ditimpa kesusahan seperti berpenyakit, jatuh miskin, kehilangan dan sebagainya, kita kata ni semua ujian dariNya. dan kalau kita senang samaada dari segi kewangan, harta benda, kesihatan dan yang sewaktu dengannya, seringkali kita menyangka "ini Allah memberi rahmatNya untukku, alhamdulillah".

Pernahkah saudara saudari sekalian terfikir, kalau nikmat dunia yag Allah berikan itu juga merupakan suatu ujian? Ujian yang sangat halus dan ramai yang terpedaya. astaghfirullahall'azim. Owh bukan saya nak cakap yang Allah memerdaya, eh bukan. Allah menguji. Dia mahu menguji hambaNya yang berkata dia beriman kepada Allah.

"adakah patut manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: kami beriman. sedangkan mereka masih belum diuji dengan sebarang ujian?"
Al-ankabut:2

Jadi, ujian ni ada bermacam2. kesusahan itu ujian. kesenangan itu pun ujian juga. Kalau ada yang tak paham kenapa kesenangan itu suatu ujian, cuba kita fikir sekejap. bila kita dalam keadaan senang, rasa happy dengan apa yang ada, pada yang beringat, mereka akan selalu rasa bersyukur. SELALU. dalam ertikata lain, kesyukuran itu diungkapkan bukan dengan kata2, malah dari perbuatannya juga. dan orang2 yang saya kata terpedaya ni, Ghurur, tertipu dengan nikmat dunia bila dia makin jauh dengan Allah. ha nampak tak? sangat2 rugi orang2 yg Allah dah beri hidayah, petunjuk kepadanya, tetapi tak makin rapat dengan Rabbnya. Allah.. peringatan ni saya sangat2 tujukan pada diri sendiri sebenarnya. sebab sebagai manusia yang lemah, memang godaan dan dugaan tu banyak nak istiqomah dalam kebaikan. ampunkan hambaMu ini ya Allah.

salah silap memang dari sisi saya, yang baik semuanya daripada Allah. semoga Allah ampunkan dosa kami semua. amiin..



p/s: terkejut apa yang berlaku pagi tadi. lepas ni kena betul2 jaga pemakanan and kena berpantang dari makan pedas2. hmm..
Photobucket

No comments:

Post a Comment

comment is a priviledge. but dont take things for granted.