30 July 2011

*monologue*

It is quiet.

What's quiet?

Shhh...

maybe it's calm
or maybe..

By being positive
I suppose it is calm.

Yeah. It is calm.

What's calm?

My heart right now.
Photobucket

28 July 2011

ermm..

kalau otak ni pikir macam2..
tapi hati tak rase pape pon..
maksud ku..
tak rase sama serabot dengan
ape yang otak ni tengah pikir..
tu tandanye ape yek..?

ada orang tu btau..
kalau hati tu tenang..
maksudnye takde ape la..
lain la kalau rase macam..
berdebar? eh gementar?
i mean hati tu tengah "something2"
maaf bahasa ku kurang arif...
tapi macam tu la..


nak tanya nak tanya.. tapi kalau tanya sekarang.. tak semestinye dapat jawapan sekarang.. dah tiga hari dah..... isbir isbir.. =/
Photobucket

27 July 2011

Pengalaman dan.. kerisauan?

Semalam alkisahnye aku gi klinik gigi tempat adek aku keje. klinik tu kepunyaan kawan kepada mak aku. makcik tu ktorg kenal dari UK lagi.. erm tapi aku gi sekerat hari la. stat masuk lepas zohor.

haa sebab apa aku menyebok kat situ..? nak cek gigi? nak wat braces? memang sepatutnye dalam rawatan pon tapi semalam aku gi bukan atas sebab2 tu. snanye makcik or dokter tu nak cari pengganti adek aku. sebab dia kan nak masuk belajar balik bulan 9 ni. so aku yg takde keje ni la calon terdekat. tu yang semalam nak gi tengok cara2 dorg keje ape sume. so takdela nanti first day aku masuk (insyaAllah) baru nak terhegeh2 belajar kan..

aku tengok orang cabut gigi macam mane. ouch! orang tu mungkin la tak rasa pape sebab dah kena bius. tapi aku yang tengok ni macam ngeri. nasib la aku takde fobia darah ke ape. erm lain2.. aku tengok macam2 tali braces. batak betul. haha.. aku pon still dalam proses nak pakai ke idok. adek aku cakap tak perlu sangat coz aku bukan kes yang extreme. LOL. pape jela. nanti tu kena wat istikharah kalau dah serabot sangat pikiaq.

erm lagi..? nak cakap pasal kerisauan. mak ayah n adek aku dok risaukan aku ni tak keje2 lagi. aku nak dok relax kat umah pon rasa berat hati. senanye aku dok umah, takde la aku membuang2 masa macam masa cuti sem dulu2.(macam aa dah lama benau aku abes degree) boleh aa nak cakap aku ni dalam mode "bertapa" bukan melingkau je (gaya orang melaka cakap memang gini. bukan aku salah eja ke ape k?)

lagi satu yang dorg risau sebab.. dorg kalau boleh nak aku cari keje yg bersesuaian dengan bidang aku which is design. ye betul aku minat design2 ni but then yang aku tak berkenan nye apsal la kategori designer ni takde yang TAK soSIAL. well memang la kena mingle with clients apa sume tapi perlu ke nak layan client or wat meeting kat tempat2 yang tak sepatutnye..? and the so-called dress code for designers-to-be, perlu ke nak pakai macam tu sebab semata2 nak tunjuk diri kita ni designer..? tak leh ke pakai sopan2 sket janji keje jalan? haih ni la mentaliti manusia sekarang dan menjadi sebab2 apsal aku memilih sangat tempat keje.

lagipon aku dengar pengalaman keje lecturer aku, dengan diri aku yang macam ni lagi (perempuan.lain sket style nye.leh jadik banyak fitnah).. aku rase memang tak boleh. tak sesuai dengan jiwa betul. cukuplah time belajar dah rase tempias2 macam tu. (kang aku mintak keje kat tv9 gak nih.... =.=")

hoh panjang aku membebel. well benda ni dah lama aku simpan. setengah orang tak paham. takpela. mungkin cara kita tengok sesuatu tu dengan perspective yang berbeza. ko nak yang macam tu, suke hati ko la. jangan tarik2 aku or nak ajak2 aku wat benda2 yang kurang patut or memang tak patut. kay? wassalam. sekian saje buletin hari ni.



p/s: kemerapuan post ni terserlah sebab aku tengah penat ni. tapi nak gak wat post baru. kang lupe plak.
Photobucket

21 July 2011

A song.. with L.O.V.E



he dedicated this to me.. the lyrics are like our EXACT situation we are in.. therefore we sincerely, from the bottom of our hearts, thank Allah SWT. Alhamdulillah.. may this ends in Jannah. ^_^
Photobucket

13 July 2011

padaMU ku bersujud..

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

KAU tempatku meminta
KAU beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud



-Afgan.



Photobucket

09 July 2011

Can't help but wait...



Photobucket

08 July 2011

Pesanku pada si dia..

Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu
bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibu bapanya kerana di telapak itu
syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat
kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih
cintakan zuhudnya bukan hartanya..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula
mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu
mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang
Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik
keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta
di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu
menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang
Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak
mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu
dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku
mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta
kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..


 
 
 
 
 
Photobucket

06 July 2011

I'll always remember.
Don't worry kay? ^^

But if in Allah's will, I can't seem to remember any of it, do kindly remind me with love and care..InsyaAllah the heart will remember...


Photobucket