21 February 2013

mumbling fening

penat kan layan bebelan seorang perempuan? kalau tak paham, cuba untuk paham pun dah memadai. daripada terus terang dan taknak cuba pun untuk paham.. sambil menghukum plak perempuan itu macam2 pe'elnya. berapa lama lagi ek boleh tahan?

camni la aku...suka aje nak bercerita walaupun memang ada benda tu sulit nak dibicarakan. em dalam satu buku tu berkenaan perangai laki dengan kaum hawa ni.. ada satu benda author tu sebut "perempuan ni kalau dah start sesi luahan hati, emo2 ke tengah merungut pasal someone or something, bukan dia nak si tukang dengar tu selesaikan masalah dia or menyalahkan keadaan pada si tukang dengar (in this case laki tu la) tapi just nak luahkan je. sebab lepas luahkan tu baru rasa puas hati. then jalani hidup macam normal and takde stress".

give and take. kalau nak perempuan memahami lelaki, takkan takboleh si lelaki tu CUBA usaha tangga kejayaan untuk memahami perempuan tu kan?

tapi bila cakap camni...aku gaklah kena cop shelfish. takpela.. kalau tak sudi, takpe. I can always handle things on my own. kan? ("emo" dengan "perempuan" memang sejiwa)



p/s: bila makin hari makin merepek..ape kekdahnye aku nak melayan perasaan sendiri sangat kan? ok marilah kembali jadi perempuan sejuk beku (cold - heartless). T.T

Photobucket

18 February 2013

Permulaan Fasa lain..

...dan ia bukan tentang perkahwinan. Heh.

Alhamdulillah aku da tergerak hati utk sambung belajar. Harapan supaya kali ni,walaupun akan melalui rintangan onak dan duri(maaf over sasteranye),aku akan selalu ingat,ada Allah yang pasti dekat untuk membantu melalui itu semua. Hasbunallah wa nikmal wakiil..(macam bunyi lain tp nanti cek balik)

Em takdela pegi seberang laut sebab masih dekat dengan rumah. Takpe..duk dengan parent bukan maksud duk umah goyang kaki and study je manjang kan?ada tanggungjawab lain selain dari belajar..lagipun,kalau aku sendiri tak konfiden nak gi jauh2..sape lagi yang mampu yakinkan..kan?

Mencari hikmah dalam yang tersirat...

15 February 2013

Oklah.tak baik meroyan.time hati cam panas,akan ada makhluk ni akan api2kan kita.istighfar..dan jangan mencelarukan diri.

07 February 2013

Quote

Apabila kita merasakan diri kitalah yang paling faham dan merasa bangga pula dengannya, ada sesuatu yang masih belum kita faham sebenarnya; merendah diri. - Angel Pakai Gucci.

Photobucket

06 February 2013

Bukan komplen.

Tapinya?

Sekarang dah masuk tahun 2013 bukan? Dah dekat setahun lebih dari saat aku abes final presentation untuk final year dan bergraduat pada November 2011.

Banyak..terlalu banyak yang telah terjadi dalam waktu itu. Macam-macam. Yang manis bergula, pahit ku telan dan masam yang ku buang. Heh apeke sastera sangat. Tapi itu la tu.

Ginilah..aku ada satu perangai ni yang kalau orang tu tak paham betul2, dia punya pandangan terhadap diriku mesti jauh. Dan berbeza dengan yang dah betul2 paham. Tapi..brape kerat sangat yang paham tentang "aku yang begitu"?

Sejujurnya..aku suka observe orang.perangai orang tu.attitude dia dgn orang lain.keadaan sekeliling. Satu sebabnya; aku taknak cepat melatah dan cop orang itu begitu begini sehingga sampai satu tahap tu penilaian aku terbukti benar. TAPI, tidaklah aku penah secara direct "mengutuk", "menyindir" pada orang2 tersebut dan selalunya akan hanya terlintas dikepala sahaja.

Sekarang ni, baru2 ni..aku telah tersentap dengan kata2 seseorang yang secara jujurnya..aku kecewa.kecewa sebab pandangannya telah jatuh sama serupa dengan "orang yang tak paham dan tak kenal aku yang sebenar2nya". Untuk tidak memusingkan kepala anda(bg sesiapa yang masih baca), mari baca satu cerita benar...

Aku, seorang perempuan. Sensitif. Dan disebabkan beberapa peristiwa pd masa lalu, ada sampai satu tahap ni..aku punyai self-esteem yg rendah. Pemalu. Sangat. Time kanak2,time sedih tu ada. Paling tak tahan,aku dibuli.Ya aku penah dibuli sampai kena baling telur. Jadi, aku takut nak berkawan dengan orang baru,orang yg aku taktau sangat tentang dirinya. Paling aku avoid, adalah orang2 yang pada masa itu menganggap mem-bahan orang, mengejek2 dan memalukan orang lain untuk gelak tawa diri sendiri dan geng2 mereka..adalah suatu yang menyeronokkan.

Dari situ, aku memang sangat, SANGAT tidak gemar orang yang perangai camtu. Yang paling tambah sakit hati, kalau gurauan itu dianggap untuk release tension. Kalau orang terase hati,terus kata "eyh come on la..tak sporting langsung la ko ni". Tanpa mempedulikan perasaan si pendengar/victim gurauan mereka. Huh.

Oleh sebab aku penah mengalami saat2 murung n sedih pasal dibuli sedemikian rupa, aku buat suatu defensive mechanism. Prinsip utk bangkit dan ignore orang2 macam tu, aku belajar "sarcasm." Begitula pemikiranku pada ketika itu yang baru suam2 kuku nak matang. Kononnye. Aku pikir, kalau dia boleh nak kutuk or buat org macam tu, so aku buat kat dia,utk ksik pengajaran dan kesedaran, boleh la kan?tapi,aku tak balas carutan dengan carutan juga atau tunjuk middle finger. Ia tidak pintar bagiku. Sarcasm was the best option, at that time.

Dewasa ini,aku belajar ilmu baru untuk orang2 yg macam itu; dengan sabar dan diam. Biarkan dia nak meroyan sorang2. Sabar, diam dan kalau aku cukup kental...aku maafkan perbuatan org tersebut.

Aku..dah pon minta maaf pada org yang aku lemparkan sarcasm tapi tidak tahu la pula..aku perlu betul2 minta maaf kat org tu supaya clear abes. Supaya dia tak ungkit2. Wpon kejadian tu asalnya, dia yang menjolok sarang tebuan dulu... T.T

Point aku sekarang, aku akan mohon kemaafan dari dorg balik, one by one. Yang mana penah terase sangat dengan kelancangan aku. Tapi satu je yang aku minta, bile kite taknak org judge kita drp zaman muda tahape kita tuh..aku pon tak suke bile diungkit pasal ini. Pd yg xtau tu..xpela kot sbb xtau.tapi yg dah tau diri kte mcm mne n knape kte boleh jd mcm tu pon,nak ungkit kesalahan tu..aku jadi x sedap hati dan serba tak kena. Ntahla. Macam mane tah aku nak jelaskan lagi...